Annuar dedahkan 7 visi terajui FAM

ANNUAR MUSA
KUALA LUMPUR 23 Feb. - Calon Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tan Sri Annuar Musa hari ini mendedahkan tujuh visi yang bakal dilakukan andai dipilih menerajui badan bola sepak negara itu. 

Annuar dalam Facebooknya hari ini berkata, antara visi dan misinya adalah menjadikan bola sepak sebagai agenda nasional seiring dengan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan menggubal kerangka 30 tahun yang dinamakan �Malaysia Dare to Dream 2050�. 

Annuar turut menggariskan pelan tindakan untuk pasukan Harimau Malaysia, termasuk berada dalam kelompok 100 terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) dan membentuk pemain tempatan yang mampu beraksi di peringkat global. 

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai pelan tindakan yang mahu dilakukannya, sebaliknya berkata, aspek integriti pengurusan, pemain serta pegawai, selain membebaskan FAM daripada rasuah turut menjadi penekanannya. 

�Ada yang tanya apakah saya tidak ada perancangan untuk FAM? Ada. Cuma sabarlah dulu. Saya beri kerangka kasar. 

Perinciannya bulan depan ya,� kata Annuar. Utusan Malaysia hari ini melaporkan seorang lagi calon Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menjelaskan mengenai visi dan misinya dalam satu pertemuan dengan penyokong bola sepak tempatan. 

Antara perkara asas yang mahu dilakukan Tunku Mahkota Johor (TMJ) itu ialah memperbetulkan struktur organisasi FAM yang disifatkannya dibelenggu kesilapan dan pengurusan, membabitkan kewangan dan kurang rasa profesionalisme. 

TMJ juga mahu pasukan kebangsaan memiliki struktur organisasinya tersendiri dan ia tidak boleh diganggu mana-mana pihak manakala setiap perkembangan semasa Harimau Malaysia akan dilaporkan terus kepadanya. 

Kongres Pemilihan FAM ke-53 bagi penggal 2012/2021 dijadual berlangsung pada 25 Mac ini. - UTUSAN ONLINE


melalui petikan facebook Tan Sri Annuar Musa.

1. Menjadikan BOLASEPAK satu agenda nasional seiring T50:
-Bolasepak dan persekolahan
-prasarana
-GLC dan twinning
-insentif koporat/cukai
-HM endowment fund
-PIBN
-Centre of Excellence
-grass root /community fb
-merakyatkan bolasepak
2. Menggubal blue print 30 tahun MSIA DARE TO DREAM 2050:
-visi dan misi
-DNA change
-Learning it right..coach
-national registration n licencing
-Kids League n youth leagues
-sports science
-NTDP(national team devt plan)
-Global Colloboration
-refereeing n coaching devt
3. Empower badan gabungan FAM
-Sharing of wealth
-MAJLIS KONSULTATIF PRESIDEN(PCC)
-max 3 term policy
4. Reinventing M-League
-Separation of FAM and ML
-ML to be 70% owned by teams
-FINANCIAL FAIRPLAY
-grooming local talents
-from fourth tier to second tier league
-SUSTAINABLE MLmodel
-creative BRANDING,MARKETING
-beautiful game/soccertainment..
5. HARIMAU MALAYSIA roadmap
-FIFA ranking..top 100
-AFF powerhouse
-grooming local,play global
6. ZERO CORRUPTION
-mgt integrity
-players integrity
-officials integrity
7. FAM INC.
-YAYASAN FAM
-ENDOWMENT FOR EXCELLENCE
-UNLOCKING VALUES
-FAMVEST....


Sumber : UTUSAN

Share:

0 comments