Amirizdwan Taj kembali perkuat The Red Warriors


KOTA BHARU - Pemain pertahanan pasukan PKNS FC Amirizdwan Taj Tajuddin akan kembali menyertai Kelantan bagi memperkuat barisan pertahanan The Red Warriors dalam saingan Liga Malaysia musim depan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Bibi Ramjani Ilias Khan berkata, pihaknya bersetuju mendapatkan kembali khidmat pemain terbabit yang sebelum ini pernah menyertai Kelantan pada musim 2015 bagi memantapkan lagi benteng pertahanan pasukan itu.

"Selepas proses penilaian dan ujian kecergasan, barisan kejurulatihan mempunyai minat terhadap corak pemainan dan pengalaman yang dimiliki oleh pemain berusia 31 tahun tersebut," katanya ketika dihubungi hari ini.

Amirizdwan yang dilahirkan di Kota Bharu, berhijrah dari Kelantan ke Terengganu pada 2016 sebelum menyertai PKNS FC pada tahun ini.

Bibi berkata, pihaknya bersetuju menandatangani kontrak bersama pemain itu selama satu musim untuk digandingkan dengan pemain import Cassio Francisco De Jessus di posisi pertahanan tengah

KREDIT : Kosmo

Share:

0 comments