Ulasan Terbaik dari penyokong Sepanjang Perlawanan TRW 2017



Membuat rumusan berkaitan squad depth Kelantan, isu buang coach, isu taktikal, tempoh masa pembentukan skuad, pemain muda, tewas 3 kali berturutan, tersingkir di piala fa.

Dengan fakta paling paling waras, rasional dan logik berdasarkan fact dan figure tahap PMR + grafik tadika kemas. Harap kampung sebeloh tok menyetak lagi.

#Tempoh pembentukan skuad.
Umum tahu kelantan lewat menyiapkan skuad. Skuad penuh berlaku hanya pada 21 januari 2017. Sehingga hari ini, ia hanya 34 hari.

#Isu buang coach pada masa sekarang
34 hari untuk semua proses. Logikah isu buang coach, sasar piala fa dan isu settle down sudah siap sepenuhnya? Belum dicampur faktor kewangan. Takkan setiap 34 hari 1 coach baru, setahun 10 coach la.

#Isu taktikal dan formasi
Umum tahu, semua coach akan ada formasinya, kecenderungannya. Jika ada evolusi kepada formasi ia takkan banyak lari dari asas kecenderungannya.

TCH dengan 4-2-3-1, Gomez dengan 4-4-1-1, Popov dengan 4-3-3 dan sebagainya. Kenapa Gomez disingkirkan? Apa formasi Butler, Sathianathan, Karathu dan Hodak ketika kelantan di zaman kegemilangannya? Ia berkisar 4-4-1-1/4-4-2. Formasi paling senang diadaptasikan oleh pemain Malaysia. JDT juga. TCH perlu 4 musim untuk 4-2-3-1 dengan kekal pemain sama.

Isu kritikan kepada formasi dan taktikal adalah subjektif kerana jika suka bola mesti suka formasi dan taktikal, mesti suka sembang pasal taktikal. Tetapi pada akhirnya kita faham juga bab kecenderungan jurulatih. Xde formasi gerenti menang, cuma ada jurulatih mana paling berjaya dengan setiap formasi itu.

#Isu tewas 3 kali selepas memang 2 kali dan tersingkir dari piala fa.

-Kumpulan peak age
Sangat bergantung kepada squad depth dalam bab faktor usia. Umum tahu hanya ada 1 kumpulan umur yang boleh bermain sepanjang musim seperti tidak perlu recovery tenaga yang banyak. Teori Simon Kuiper menunjukan kumpulan umur 27-30 tahun. Tidak kira big name atau no name.

-Peak age
17-26 adalah proses peningkatan, 31 keatas proses penurunan.

Cuba lihat senarai pemain kelantan mengikut umur bukan nama.
°Cellin, Hattapon, Izuan, Shahrul, Aziz dan Fahmi yang berada di peak age. Mereka sepatutnya bebas isu kecederaan, prestasi. Tetapi Cellin masih lagi bergelut fitness match, Izuan kerap cedera kecil, Hattapon bukan proven player walau sudah di peak age, Aziz pernah ada isu kecederaan besar. 

°Hanya Shahrul dan Fahmi diatas kertas boleh digunakan sepanjang musim dengan memberi kurang masa recovery tenaga base dari teori Simon Kuiper.

-Out of peak age
°18 pemain sudah atau sedang berada di out of peak age. Jika ambil pemain yang bebas isu kecederaan dan prestasi, kumpulan ini tetap perlu banyak rehat recovery tenaga. Dalam kumpulan umur ini kebiasaan ia hanya berkisar mengekalkan prestasi, tak akan grow up lagi.

°Zairul, Daudsu, Zamani sudah mengalami isu prestasi sejak 2015 dan sudah tidak meningkat. Bukan salah mereka, teori Simon Kuiper mengatakan ini proses semulajadi. Shahrizan juga termasuk dalam proses semula jadi ini.

°Subramaniam dan Farhan ada isu kecederaan besar, berlaku di berhampiran di umur out of peak age. Ia lebih drastik dan bencana dari proses semulajadi. Hakikatnya, mustahil untuk dapat balik prestasi sebelum cedera besar. Jika ambik masa 2 tahun proses dapat prestasi umur dah habis. Berapa lama 2 pemain ini hilang? Bukan salah mereka, Kuiper cakap.

°Tinggal Badhri dan Indra sahaja. Itupun tak mungkin memuncak lagi secara konsisten sepanjang musim tanpa rehat. Bukan salah mereka, Kuiper cakap.

Danso, Gomis, Ghaddar tiada masalah kecuali prestasi.

-Youth/Unexperiance/Under peak age
8 pemain berada dalam kumpulan umur ini. Tolak Faris dan Qayyum, 2 pemain ini diklasifikasikan wonderkid. Memuncak sebelum umur, terus proven dengan sikit pendedahan.

Ramadhan dan Syihan ada isu persaingan posisi dengan Fahmi. Sedangkan Fahmi salah 1 dari hanya 2 pemain di peak age yang paling menonjol, daripada 2 pemain itu Fahmi lebih berkarisma untuk lead team as a leader.

Faizol juga ada isu persaingan posisi di center back. Fadhilah, Rozaimi dan Azwan tidak mungkin dapat posisi Gomis. Ini import, kos besar untuk bench? Sistem coach semasa adalah 2 mid center. 

Hanya Danial, Fakhrul dan Shahrul yang cuma perlukan sedikit perubahan posisi dan peranan. Logiknya... Hanya 3 youth ada ruang untuk diketengahkan untuk musim 2017. Yang lain perlu banyak kerja, masa untuk dibina kerana melibatkan sistem semasa.

Rumusan...
Skuad sangat tidak seimbang dari sudut Kuiper.
°8 pemain peak age/2 bebas isu
°9 youth/2 wonderkid + 3 ada ruang pantas untuk diangkat.
°14 out of peak age/5 bebas isu

°daripada 34 pemain, 3 sudah di pinjam keluar. Hanya 10 pemain bebas isu. Jadi berapa besar skuad depth kelantan?

Kenapa perlu mengamuk seperti hilang akal tersingkirnya dari piala fa. Masih ingat Badhri and co. seperti 2012.

Kelantan 2016 dan 2017 adalah titik perubahan drastik bila keluarnya 4 pemain peak age yang proven. Muslim, Zack, Zahrul dan Gan, Popov masih ada 6 kunci, 2 wonderkid + 4 import + 2 veteran. Skuad depth masih baik.

Apa rumusan anda dengan skuad hari ini? Piala lagi ka?

Cuba lihat dari keseimbangan posisi skuad Kelantan. Balance kah?

°Membawa masuk Subra dan Hasmizan menjadikan 5 pemain DC untuk dipasangkan dengan Danso. Lambakan dan lebihan pemain besar.
°Defend Kiri ada 3, Defend kanan ada 3.

12 pemain di pertahanan...

Dicampur dengan Gomis dan 4 pemain dibelakangnya tunggu giliran untuk kerja defensif. 

12 + 5 = 17 pemain untuk 5 posisi bertahan, campur 4 Gk dah 21 pemain.

Jadi kenapa daudsu ke sayap? Ini isu sensasi minggu ini. Bab pemain² kerja ofensif boleh kira sendiri.

Rumusan akhir
°Skuad sangat tidak seimbang mengikut umur
°Skuad sangat tidak seimbang mengikut posisi

... membawa skuad depth kelantan tersangat sangatlah kecil. 

Siapa yang menentukan jumlah pemain masuk setiap musim? Kalau di Man Utd dulu ini mesti kerja Ferguson dan Ed Woodward. KELANTAN?

Kredit :

Share:

1 comments