Wajah Pemandu Langgar Geng Basikal JB Didedahkan?

Wajah Pemandu Langgar Geng Basikal JB Bocor?

SEPERTI sedia maklum, minggu lalu negara kita dikejutkan dengan berita lapan remaja berbasikal maut dan lapan lagi cedera selepas dilanggar sebuah kereta di Johor Bahru, kira-kira jam 3 pagi.

Kes di Jalan Lingkaran Dalam, berhampiran Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah itu mendapat perhatian ramai pihak ekoran jumlah mangsa kemalangan yang bukan sahaja besar, bahkan melibatkan remaja bawah umur.
Sebelum ini salah seorang mangsa nahas mendakwa bahawa pemandu wanita itu mabuk dan menggunakan telefon bimbit ketika kejadian namun dakwaan itu pantas dinafikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia pada hari sama.
Masyarakat kemudian turut mengecam mangsa kemalangan dan ahli keluarga mereka kerana dikatakan sengaja membiarkan anak berkeliaran pada tengah malam tanpa pengawasan orang dewasa.
Pun begitu, tidak semua ada pendapat sama, antaranya bekas ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tampil mempersoalkan tindakan polis dan kenapa wajah pemandu tersebut dirahsiakan dari pengetahuan umum?
Apakah suspek wanita itu mempunyai pengaruh tertentu sehingga individu tersebut dilindungi pihak polis sendiri, soal beliau lagi yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang.
Penulisan oleh peguam itu menjadi tular menerusi laman sosial dan mendapat sokongan daripada ramai netizen khususnya berketurunan bani Melayu, berdasarkan tinjauan pihak kami sendiri.
Selepas seharian tular, kini tersebar pula beberapa gambar yang dikatakan wajah pemandu wanita yang dipercayai pemandu Nissan Almera, yang didakwa telah melanggar lapan remaja hingga maut itu.
Ia disebarkan oleh pengguna Facebook bernama Al Syam, namun pihak kami memutuskan untuk mengaburkan wajah wanita itu memandangkan tiada bukti jelas mengatakan ia merupakan perkara sahih.
Wajah Pemandu Langgar Geng Basikal JB Bocor?
Kami tidak pasti dari mana individu terbabit mendapatkan gambar pemandu wanita itu dan apa tujuan sebenar penyebarannya, namun hasil semakan kami di laman Facebook Al Syam itu kami menemui ini pula:
Wajah Pemandu Langgar Geng Basikal JB Bocor?
Tidak hanya gambar berbaur politik propembangkang, bahkan penyebar foto itu juga mendakwa wanita tersebut ialah anak tokoh berpengaruh yang ada kaitan dengan projek hartanah di Danga Bay.
Secara kebetulan pula individu yang bertanggungjawab membangunkan Danga Bay ialah ahli perniagaan yang bernama Tan Sri Datuk Lim Kang Hoo.
Penyebaran foto eksklusif itu secara tiba-tiba oleh Al Syam turut diulas oleh seorang penulis politik tempatan dan berikut, kami siarkan semula kenyataannya:

Artikel Zulkifli Nordin > penyebaran gambar oleh individu yang antipembangkang.

Tidak mahu menuduh, tetapi kami bayangkan ini mungkin satu lagi percubaan untuk mewujudkan elemen perkauman bagi melaga-lagakan kaum Melayu dan Cina.
Apatah lagi beberapa bulan dari sekarang akan berlangsungnya pilihan raya umum. Faktor menyalahkan DAP mungkin akan ditimbulkan kelak.
Bukan mahu membela mangsa kemalangan ataupun si pemandu, tetapi diharapkan masyarakat tidak mengaitkan faktor bangsa seseorang ataupun agama seseorang ketika menyampaikan hujah.
Tidak dapat dinafikan mangsa kemalangan perlu dinilai seadilnya berdasarkan undang-undang jalan raya namun jangan sampai kita mencetuskan perkara yang tidak berbangkit.
Apa sahaja boleh berlaku dengan pendedahan wajah pemandu wanita tersebut menerusi laman sosial, maka kami menasihatkan jangan sampai termakan umpan.
Bagi peluang kepada pihak polis untuk menyelesaikan kes tersebut. Semoga semua pihak dapat diadili tanpa elemen berat-sebelah dan memihak.
Sumber: Umenoworld

Share:

0 comments