Soalan peminat jika TMJ jadi Presiden FAM dan Jawapan TMJ.

Image result for TMJ FAM
Sessi Bersama Peminat Bola Sepak Malaysia bersama Tunku Mahkota Johor.Bertempat di Hotel Grand Hyatt.

Antara soalan yang di ajukan peminat seandainya Tunku dipilih menjadi Presiden FAM ;


Apakah Misi dan Visi Tunku?
Saya ibarat orang baru pindah kerumah baru. Tak tau di mana bantal, tempat makan, bilik, tempat tidur. 

Sudah semestinya saya akan susun dahulu semuanya agar teratur. Kemudian yang mana perlu di tukar saya akan tukar yang mana perlu tambah saya akan tambah.
Saya akan ubah structure FAM sedia ada.

Saya juga akan ubah perlembagaan dimana kuasa memilih Presiden terletak di tangan penyokong.

Saya juga akan hapuskan Cronyism dan Corruption . Dan akan pastikan ia tak kan berlaku dalam era pentadbiran saya.

Saya akan mengadakan mesyuarat FAM bersama exco di setiap Negeri dan akan membawa exco melawat pusat latihan serta infrastruktur yang ada di Negeri.

Menyerahkan 40% wang hak penyiaran yang diberikan pada FAM kepada badan pengurusan negeri atau pasukan bertanding.

Setiap 3 bulan saya akan adakan sessi sebegini bagi peminat menyuarakan serta luahan perasaan penyokong.

Apakah perancangan Tunku untuk mengembalikan kegemilangan serta maruah Bola Sepak Negara?
Saya akan memilih coaches tempatan yang benar-benar layak untuk menjalani latihan di Luar negara.

Berkenaan pasukan Malaysia saya akan melantik pengurus pasukan yang benar-benar layak yang boleh bekerjasama dengan saya dan mereka semua akan melapor terus dengan saya.

Saya akan ujudkan satu badan khas pengurusan pengadil dan akan memanggil pakar pengadil dari luar memberi latihan secara insentif dan berkala. Kepada pengadil yang didapati membuat kesilapan didalam pengadilan akan dihukum dan di rehatkan.

Adakah Tunku akan membawa apa yang Tunku telah lakukan di JDT ke pasukan Malaysia?
Semua tu bergantung kepada budget yang FAM ada.

Saya mau setiap pasukan Negeri mempunyai pusat latihan atau sekurang-kurangnya padang sendiri.

Sejauhmana Tunku yakin Tunku akan menang dalam pertandingan merebut kerusi panas FAM?
50-50.

Sebab terdapat 14 ahli gabungan dan 29 undi. Sekiranya tiada isu sogokkan atau agenda nak menewaskan saya. 

Saya tak boleh buat apa. Tetapi untuk saya setuju untuk bertanding bukan saya tetapi ahli gabungan yang mengadap Ayahanda saya dan setelah mendapat restu maka saya setuju. Menang atau kalah saya tak rugi..

# bangkit bersama demi bolasepak Malaysia
# sehati sejiwa demi bolasepak Malaysia
# terbaik hanya di arena harimau Malaysia

Share:

0 comments