PERLANTIKAN ZAHASMI SATU KESILAPAN?


PERLANTIKAN ZAHASMI SATU KESILAPAN?
3 kekalahan berturut-turut dialami pasukan Kelantan menyebabkan ada suara-suara muncul mengatakan perlantikan Zahasmi sebagai jurulatih adalah satu kesilapan.
Tetapi benarkah jurulatih yang menyebabkan pasukan tidak boleh menang? Bagaimana pula dengan pemain dan juga pengurusan? Wang juga patut dilihat sebagai faktor naik turunnya sesebuah pasukan. 
Lupakan mereka yang pasukan Kelantan hampir "ditalkinkan" ekoran masalah kewangan?
Ingin diingatkan Popov meningalkan Kelantan ekoran pengurusan tidak mampu memberi jaminan "kebajikan" kepada pasukan. 
Kemudian pengurusan memberi tawaran kepada Zahasmi kerana pengurusan sedar hampir TIADA jurulatih lain mahu datang ke Kelantan.
Daripada awal Zahasmi menghadapi kesukaran dalam membina pasukan apabila terpaksa melakukan pre-season ala kadar kerana pengurusan masih belum muktamadkan penyertaan dalam saingan Liga-M. 
Pembelian pemain local yang bolah diketogerikan sebagai "kitar semula" sedangkan pemain yang keluar berstatus "star".
Menambahkan kekusutan Zahasmi untuk membina pasukan apabila terpaksa menerima import disaat-saat akhir dan Zahasmi sendiri tidak mengenali pemain tersebut (kecuali Ghaddar). 
Mengikut amalan kelab profesional jurulatih harus diberi kebebasan untuk memilih pemain yang dirasakan paling layak dan bukannya hanya ditugaskan melatih pemain yang sudah dipilih oleh orang lain.
Ketika menang 3-1 keatas PKNS (Finalis Piala FA 2016) pada aksi pembukaan liga, mengapa tiada suara "perlantikan Zahasmi satu kesilapan"? Kemudian menang 2-1 keatas Felda United (Wakil saingan AFC), mengapa tiada suara "perlantikan Zahasmi satu kesilapan"?
Nak tukar jurulatih sekarang? gaji pemain pun masih sangkut-sangkut.
Betul Zahasmi tidak sempurna dan hebat tetapi itu sahaja pilihan yang pasukan ada disaat pasukan hampir-hampir "ditalkinkan".
Bersabar jangan putus asa dan terus menyokong TRW, siapa lagi nak sokong kalau bukan kita?

Ulasan kemah saudara : Mohamad Hakimi

Share:

0 comments