Mengejutkan, 4 Wajah Suspek ditahan Kes Pembunuhan Kim Jong-Nam, Orang Malaysia terlibat sekali




Gambar/ InfoGrafik : HMETRO

Ri Jong Chol ditahan pada Jumaat malam dalam satu serbuan di sebuah kondominium di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur. Dia ialah lelaki pertama daripada 4 suspek diburu polis dalam kes pembunuhan Jong Nam,

Menurut The Star, pegawai kedutaan dipercayai ke IPD itu untuk bertemu Ri. Pada Rabu, polis menahan seorang wanita pemegang pasport Vietnam, bernama Doan Thi Huong, selepas dia kembali ke tempat kejadian untuk menaiki pesawat ke Vietnam.

Pada awal Khamis, polis menyerbu bilik di sebuah hotel di Ampang, Kuala Lumpur untuk menahan suspek wanita kedua. Suspek memegang pasport Indonesia dengan nama Siti Aisyah, dari Serang, berhampiran Jakarta. Kedua-dua suspek wanita itu dikenal pasti berdasarkan rakaman CCTV yang diambil dari terminal klia2 pada hari kejadian.


Identiti Suspek Kes Bunuh Kim Jong Nam Terbongkar


Suspek ketiga dalam tahanan polis ialah warganegara Malaysia berumur 20-an, dan dikatakan teman lelaki Siti Aisyah.

Sumber : MSTAR

Share:

0 comments