Friday, February 24, 2017

Basikal: Polis Tahan Remaja Ajak Orang Ramai Berhimpun


Basikal: Polis Tahan Remaja Ajak Orang Ramai Berhimpun

Basikal: Polis Tahan Remaja Ajak Orang Ramai Berhimpun


JOHOR BAHRU � Seorang remaja lelaki yang dikatakan mengajak orang ramai berhimpun bagi menghadap Sultan Johor selain bertemu polis untuk meluahkan perasaan berhubung nahas basikal awal pagi Sabtu lepas, ditahan polis semalam.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata remaja berusia 18 tahun itu ditahan di Taman Desa Cemerlang, Ulu Tiram kira-kira 1.45 pagi susulan laporan polis yang dibuat orang awam terhadapnya.
Laporan polis itu dibuat berhubung penyebaran satu kenyataan menerusi Facebook mengajak orang ramai, khususnya remaja berbasikal, berhimpun untuk menghadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta bertemu polis, katanya dalam kenyataan hari ini.
Wan Ahmad Najmuddin berkata penyebaran kenyataan itu boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat dan kes disiasat menurut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Dalam nahas basikal di Jalan Lingkaran Dalam di sini pada 3.30 pagi Sabtu, lapan remaja lelaki maut manakala lapan lagi mengalami kecederaan dengan dua kritikal.
Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta yang dipandu seorang wanita hilang kawalan lalu merempuh kumpulan 16 remaja lelaki berbasikal terbabit. � BERNAMA

Sumber : mynewshub