8 Perkara Penyokong Fanatik BolaSepak Biasanya Lakukan

1. Korang wajib pakai jersi kelab & negara kebanggaan anda!

Penyokong fanatik bolasepak wajib memiliki jersi pasukan kebanggaan diorang seperti contoh adik ini meminati Newcastle United dan kebiasaannya mereka suka kumpul jersi setiap keluaran kelab untuk menujukkan bangga dan kasih sayang terhadap pasukan diminati ! 



2. Membuat dan Join Group Wassap & Fesbuk Penyokong!

Image result for facebook whatsapp logo
Penyokong fanatik bolasepak tak terlepas peluang ada yang membuat kumpulan iaitu menggunakan media sosial sebagai kaedah terkini untuk mengumpul semua penyokong bolasepak kelab dan negara kebanggaan. 

TUJUAN?
- ada diantara mereka kerana nak berkongsi dan dapat maklumat terkini mengenai pasukan kesayangan mereka,
- berkongsi luahkan perasaan tentang match sekaligus dapat rapatkan hubungan silaturahim sesama penyokong. jangan ada yang gaduh2 pulak ye.
- kalau ada AWAY Trip dan aktiviti2 lain berkenaan pasukan, boleh join sesama 


3. Naik Bas ramai-ramai bersama Penyokong lain ke Stadium !
Image result for naik bas penyokong bola sepak
Penyokong fanatik apabila tiba hari perlawanan di tempat away terutama hari cuti, mesti tak nak lepaskan peluang mengikuti rombongan bersama penyokong lain naik bas ke tempat away!


4. Konvoi ramai-ramai pasang Bendera di Kereta!
Image result for konvoi penyokong kelantan
Penyokong fanatik apabila menuju ke tempat perlawanan Away terutama masa FINAL, penyokong fanatik wajib akan berkonvoi ramai-ramai siap pasang bendera pasukan kegemaraan untuk memberi sokongan contohnya pasukan Kelantan!


5. Letak Nama Pemain Kebanggaan di Jersi anda!

Related image
Penyokong fanatik wajib ada pemain kesayangan dia dan wajib ingin letak nama tersebut di jersi atau di mana saja. gambar di atas penyokong paling fanatik admin pernah jumpa dikhabarkan dia dah jumpa idola dia depan2 MESSI siap dapat jersi baru dan tandatangan MESSI lagi.



6. Kelihatan lain daripada penyokong lain!


Penyokong fanatik bola setiap kali ada kejohanan penting, mereka wajib cuba sesuatu unik dari penyokong lain seperti gambar di atas. ada yang cat muka dan memakai topi yang penuh bergaya!


7. Sentiasa Bercakap tentang bola di Laman Sosial!

Penyokong fanatik bolasepak wajib menjadi mulut murai cakap pasal bolasepak tak kira pasukan kegemaraan atau pasukan musuh sampaikan orang di sekeliling dengan kita pun jadi bosan sebab kita asyik cakap pasal bola!


8. Sanggup Berjaga Malam Tengok Bola di TV Sorang-Sorang

Penyokong fanatik bola bila tiba hari perlawanan penting di NEGARA JAUH tapi disiarkan TV pada lewat malam, penyokong fanatik wajib tak nak lepaskan peluang menonton perlawanan tersebut walaupun terpaksa tengok sorang-sorang sambil memegang remote control.

Jangan lupa kredit. :)

Share:

0 comments